Restoran fast food tak lain tak bukan telah menjadi pilihan utama oleh masyarakat kita untuk makan dan nikmati hidangan seperti ayam goreng dan kentang putar.
Baru-baru ini hangat diperdebatkan oleh netizen apabila ramai yang melontarkan pandangan mengenai isu di restoran ‘fast food’.
Tak ada common sense langsung!
Perdebatan bermula apabila ada seorang pengguna Twitter yang telah meluahkan rasa tidak puas hati apabila segelintir pengguna kita yang tidak ada common sense hanya kerana tidak membersihkan meja selepas makan di restoran ‘fast food’.
Dia macamni tau. FnB sekarang ni dahlah ada masalah kekurangan pekerja. Kat kaunter sorang, kitchen ada la dua orang.
Tambah pulak pengguna tak reti nak kemas lepas makan.
Sedih betul tengok orang sekarang.
Common sense mana oi. pic.twitter.com/LBXk0Bn1sC
— Muhammad Eilham (@MuhammadEilham) July 17, 2022
Kekurangan pekerja yang ingin berkerja dalam sektor makanan dan minuman juga menjadi alasan bahawa mereka yang tidak kemaskan meja selepas makan dianggap tidak berhati manusia.
Baca juga: TikToker British ‘Claim’ Nasi Lemak Singapura Lagi Sedap Dari Malaysia
Malah, perkara ini dapat menyusahkan orang lain yang datang untuk menjamu selera kerana terpaksa menunggu meja untuk dibersihkan.
Perspektif orang yang menyokong
Perkara ini tersebut dapat perhatian oleh ramai netizen dan mereka juga mempunyai perspektif yang berbeza dalam menilai perkara ini.
Ada pihak yang menyokong luahan tersebut dan mengajak semua untuk melakukan sedemikian dengan bantu mengemas meja selepas menjamu selera.
Tidak dapat beza cas servis dan cukai servis
Malah perdebatan lebih hangat apabila ada antara mereka yang tidak dapat membezakan cas servis dengan cukai servis.
Ada juga yang tak setuju
Namun tidak semua cadangan dan luahan dapat diterima semua, tetap ada juga yang tidak bersetuju untuk mengemas meja kerana menganggap kerja mengemas adalah tanggungjawab pekerja bukannya pelanggan.
Ada antara mereka juga turut menyalahkan majikan yang tiada inisiatif untuk menaikkan gaji kepada pekerja dan mencari pekerja baru yang terlihat menjadi isu mengapa tiada orang yang nak bekerja dalam sektor makanan dan minuman.
“Golongan kapitalis yang sepatutnya dipersalahkan dalam isu ini.”
“Kami bayar cukai, buat apa nak kemas?”
Hanya korang sahaja yang boleh menilai mana yang betul dan mana yang salah. Apa korang rasa?