thai salad

Restoran masakan ala Thailand sememangnya bak cendawan tumbuh selepas hujan. Jika sebelum ini sering kali menikmati masakan di restoran sahaja, apa kata kali ini jom cuba masak sendiri masakan Thai seperti Thai Salad. 

Hidangan Tomyam, Somtan, Kerabu Maggi dan banyak lagi sudah sering dicuba. Tidak salah jika cuba jenis masakan Thailand yang lain pula. Menu ini sesuai untuk anda yang sedang ‘diet’.

Baca juga: Resipi Tomyam Putih Versi Thailand, Sangat Mudah & Menyelerakan

Resipi Thai Salad Yang Sesuai Untuk Diet

Bahan-bahan untuk sos:

  • 5 ulas bawang putih
  • 5-7 biji cili padi merah
  • 2 cawan air
  • 1 cawan kacang tanah – digoreng
  • 1 cawan santan/ susu full cream
  • 5 biji telur rebus – ambil kuning
  • 1 sdb cuka
  • Garam dan gula

Cara-cara buat sos:

  1. Kisar semua bahan-bahan sos sehingga lumat. Masak dengan api perlahan.
  2. Sekiranya sos pekat tambah sedikit air. Sos mesti ada rasa masam-masam, manis dan pedas.

Bahan-bahan untuk salad:

  • 1 pokok daun salad
  • 1/2 biji kobis ungu
  • Tomato cherry
  • 1 biji timun
  • 4 biji telur rebus – dibelah dua
  • 5-6 biji fishball goreng
  • 3 batang sosej potong serong
  • 1 keping dada ayam – gaul dengan tepung bestari

Cara-cara buat salad:

  1. Gaul dada ayam dengan tepung bestari dan goreng hingga kekuningan.
  2. Celur sosej dan goreng fishball.
  3. Hiris kesemua bahan-bahan salad dan susun dalam mangkuk.
  4. Tuangkan sosnya dan gaul rata. Siap untuk dihidangkan.

Kredit: Rosmaliza Omar

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN