Chinese chive = kucai. Inti boleh diganti degan inti popiah atau inti lain yg disukai.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chinese Chive Dumpling

Chinese chive = kucai. Inti boleh diganti degan inti popiah atau inti lain yg disukai.

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Kulit:
  • 125g tepung kanji / tepung tung min (wheat starch)
  • 60g tepung ubi (tapioca flour)
  • 1 cawan air panas
  • *70g tepung ubi (tapioca flour)
  • *1/2 cawan air sejuk (berais)
  • Untuk Inti:
  • #500g kucai, dipotong 1cm
  • #1 sb garam (gaulkan dgn kucai, perap selama 10 minit, cuci dan toskan)
  • 36 ekor udang saiz sederhana, buang kulit
  • 200g daging/ayam cincang
  • 5-6 biji sengkuang cina, dibuang kulit dan dicincangkan
  • 2-3 cm halia, dicincang
  • 1/2 sk serbuk lada putih
  • 1 sb kicap cair
  • 1 sk minyak bijan
  • 1 sb tepung ubi
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Lain:
  • Tepung ubi secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan doh untuk kulit:

    Masukkan tepung kanji, tepung ubi dan air panas ke dalam mangkuk besar. Gaul sehingga rata, tutup dan biarkan sejuk sedikit (5-10 minit). Masukkan tepung ubi dan air sejuk, uli sehingga menjadi doh. Masa panas2 doh ni agak melekit, JAGAN tambah tepung lagi.

  • Bila doh sudah betul2 sejuk, ia tidak melekat pada tangan, bahagikan doh kepada 36 bahagian yg sama. Taburkan sedikit tepung ubi jika perlu. Ketepikan.
  • Untuk Inti:

    Masukkan semua bahan2 untuk inti kecuali udang ke dalam mangkuk besar. Gaulkan sehingga rata dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Masa nak balut baru masukkan udang.

  • Ambil sebiji doh, leperkan (10cm) dan letak inti di tengah2. Tutup hujung dia macam buat karipap.
  • Sapukan pinggan atau steamer degan minyak masak sebelum letak dumpling. Sapukan sedikit minyak pada permukaan dumpling supaya tidak melekat. Kukus selama 8-10 minit. Biar sejuk sedikit baru keluarkan dari pinggan / steamer.
  • Boleh juga lapiskan steamer dgn baking paper yg berlubang. Jika boleh, kukus dlm pinggan dan terus dihidangkan. Dumpling yg panas agak lembut, susah nak pindah dari satu pinggan ke pinggan yg lain.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN