resipi air

Tiada apa yang boleh hilangkan haus di tekak dengan meneguk secawan air sejuk.

Apatah lagi dengan cuaca panas terik begini membuatkan keinginan diri untuk minum pelbagai jenis air sejuk yang ada!

Ini antara beberapa resepi air yang sesuai untuk kamu cuba di rumah, sebagai menu penghilang dahaga di musim panas ini.


1. Soda Herb

Bahan-bahan:

1.5 liter atau 1 botol besar air soda
1 biji buah lemon di hiris besar
10 helai daun pudina (letak lebih pun boleh)
2 paket kecil asam boi
4 batang serai
1 tin laici tanpa airnya
Ais batu

Cara buat:

1. Masukkan serai, hirisan buah lemon, daun pudina, buah laici, asam boi, ais batu dan air soda ke dalam jug besar.
2. Kacau bahan-bahan dan air soda herb sedia untuk di minum.


2. Soda Laici Cincau


Bahan-bahan:

1 paket cincau dipotong hancur
2 tin laici
1.5 liter atau 1 botol besar air soda
10 helai atau lebih daun pudina
Ais batu

Cara buat:

1. Masukkan cincau yang telah di potong hancur ke dalam jug atau mangkuk besar.
2. Kemudian masukkan buah tin laici, air soda, ais batu dan daun pudina.
3. Kacau rata air, dah sedia untuk di minum.


3. Tembikai Laici Segar

Bahan-bahan:

1/2kg buah tembikai dipotong dadu
1 tin buah laici yang telah diasingkan airnya
Ais batu

Cara buat:

1. Masukkan ais batu dan semua buah tembikai yang telah dipotong ke dalam mesin pengisar, kisar buah hingga hancur.
2. Kemudian tuang jus buah ke dalam jug besar dan letakkan buah laici ke dalam jug.
3. Kacau sedikit jus, dan air tembikai laici segar sedia untuk di minum.


4. Blue Lemon Soda

Bahan-bahan:

1.5 liter atau 1 botol besar air soda
Air gula (guna 5 sudu makan gula untuk buat air gula)
2 biji lemon diperahkan air jusnya
2 sudu makan biji selasih yang telah direndam dalam air
2-4 helai daun pudina
1-2 titis pewarna biru
4-6 hirisan sederhana besar lemon untuk topping

Cara buat:

1. Masukkan air soda dan pewarna biru ke dalam jug, gaul rata air.
2. Kemudian ambil jus bancuhan lemon tadi dan masukkan daun pudina, kacau air jus hingga sekata.
3. Kemudian ambil gelas kosong, masukkan air masak sedikit selepas itu masukkan jus lemon pudina tadi ke dalam gelas.
4. Selepas itu masukkan ais batu, biji selasih dan air soda biru ke dalam gelas, jangan ketinggalan letak hirisan lemon di bibir gelas.
5. Air blue lemon soda dah siap dan sedia untuk di minum.


5. Kelapa Lemon Madu

Bahan-bahan:

1 biji kelapa muda
3-4 hiris lemon
2 sudu madu asli
Ais batu secukupnya
Boleh tambah ½ sudu kecil garam (kalau suka)

Cara buat:

1. Masukkan madu, lemon, garam ke dalam air kelapa. Kacau biar sebati.
2. Kalau ada isi kelapa yang lembut boleh campur sekali.
3. Masukkan beberapa ketul ais batu. Siap untuk dihidangkan.


Terliur sungguh melihat resepi air yang sedap, sejuk dan sekaligus dapat menghilangkan haus dahaga.

Apa lagi jangan ketinggalan untuk mencuba resepi-resepi air yang menarik ini.

Selamat mencuba


Baca juga: Cara Buat Air Katira Asli Johor Yang Paling Sedap, Segelas Confirm Tak Cukup!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN