minyak masak subsidi

Isu kekurangan bekalan minyak masak di Kelantan khususnya minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram ada kaitan dengan penyeludupan minyak masak ke negara jiran.

Dalam kegawatan minyak masak di Kelantan dengan pembelian di kedai runcit dihadkan kepada satu atau dua kilogram sahaja bagi setiap pembelian, lain pula di selatan Thailand.

Tiada had pembelian minyak paket

Khususnya di Narathiwat, Sungai Golok, Weng dan Sungai Padi, tiada pembelian dihadkan untuk minyak masak peket satu kilogram.

Seorang warga Thailand yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Mat Sulaiman memaklumkan kepada Astro AWANI tentang penjualan minyak masak bersubsidi yang diseludup masuk dari Kelantan dan dijual di premis perniagaan di sana.

Minyak masak diseludup dari Malaysia berlambak-lambak

“Minyak masak peket pelbagai jenama dari Malaysia mudah didapati disini, bahkan boleh dikatakan berlambak-lambak dijual di hampir banyak kedai runcit.

“Peniaga menjual dengan kadar harga 55 Bath (sekitar RM7) di pasar dan juga kedai runcit,” katanya lagi.

“Orang sini (Thailand) tak ada masalah bekalan minyak masak dalam peket ini, sebab sentiasa ada dan jarang habis stok,” katanya yang tinggal di sebuah kampung di Narathiwat.

Orang Thailand suka beli minyak masak Malaysia sebab lagi murah

Menurutnya lagi, harga minyak masak dari Malaysia lebih murah jika dibandingkan dengan minyak masak Thailand yang berharga 77 Bath (sekitar RM10.30).

“Orang Thailand suka beli minyak masak Malaysia kerana lebih murah iaitu antara 50 dan 55 Bath untuk peket satu kilogram, berbanding minyak masak keluaran Thailand yang djual dalam botol dengan harga 77 Bath.

“Tiada had pembelian minyak masak Malaysia di sini, kalau nak beli 12 peket pun boleh, asal ada duit,” jelasnya.

Bekalan minyak masak sentiasa mencukupi

Jelas Abe Mat lagi, rakyat Thailand tidak menghadapi masalah kekurangan minyak masak kerana bekalan sentiasa mencukupi.

Bahkan, menurutnya lagi, minyak masak dari satu hingga lima kilogram jenama terkenal dari Malaysia turut dijual di selatan Thailand.

Bagaimanapun, harganya agak tinggi serta kurang mendapat sambutan kerana bekalannya sukar diperolehi.

Untuk rekod, minyak masak bersubsidi dalam peket satu kilogram dijual pada harga RM2.50 di Kelantan.

Namun mutakhir ini bekalan minyak masak bersubsidi berdepan dengan kekurangan bekalan dengan kebanyakan peruncit hanya menjual satu atau dua peket sahaja kepada pelanggan mereka.

Sumber: Astro Awani

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN