Kalau dulu mak-mak kita buat sandwich menggunakan inti sardin atau telur untuk sarapan pagi atau waktu pergi berkelah pun dah rasa premium dah sebab air tangan mereka.
Tetapi kini menu sandwich sudah berada pada tahap lain. Ia sudah masuk dalam senarai menu di kebanyakan hotel, restoran fine dining, kafe bahkan sudah ada restoran khusus yang menghidang pelbagai pilihan sandwic.
Baca juga: Cara Buat Sandwich Sushi Guna Roti, Sesuai Untuk Yang Diet Nasi
Apa kata kita belajar buat sendiri sandwic macam di hotel yang menggunakan bahan-bahan premium dan sudah pastinya dijamin berkhasiat.
Sesuai untuk dijadikan snek bekalan ke tempat kerja atau anak-anak ke sekolah. Barulah mereka berselera makan sandwic kayangan mama sediakan.
Puan Zurina Zulkefli berkongsi cara-caranya membuat sandwich di Facebook beliau.
RESIPI SANDWICH PREMIUM ALA HOTEL
Suami minta saya buatkan sandwich untuk bekal minum petangnya di tempat kerja. Saya kalau buat sandwich, saya akan buat betul² macam makan di restoran atau hotel.
Sandwich tebal, banyak inti, mengenyangkan dan tak muak. Saya ambil masa 20 minit untuk siapkan bekal.
Saya kongsikan resepi di setiap gambar ya untuk ibu² mencuba sempena sesi sekolah bermula. Boleh buat bekal untuk anak-anak tersayang.
Bahan-bahannya:
- 4 keping roti MIL (Wholemeal Bread). Panggang roti di atas kuali untuk mendapat permukaan yang rangup. Jangan panggang terlalu lama sebab kita tak nak roti sandwich liat. Sapu sendikit marjerin pada setiap kepingan roti.
- 2 keping lof daging ayam. Goreng di atas kuali sehingga masak.
- 6 hirisan timun jepun. Timun setelah dihiris, mesti dilap kan supaya timun tidak berair. Taburkan secubit lada hitam dan garam ke atas timun.
- 6 hirisan lobak merah. Kemudian hiris lagi memnjang bentuk jejari. Campurkan satu sudu besar mayonis dan gaul sebati.
- 2 helai daun salad. Basuh dan keringkan.
- 1 keping keju
- Sos bijan panggang.
Cara-cara penyediaannya:
1. Letakkan kepingan roti yang pertama. Kemudian lipat helaian daun salad.
2. Letakkan satu kepingan lof daging ayam.
3. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang kedua. Sapukan marjerin.
4. Letakkan satu kepingan keju.
5. Letakkan lobak merah yang digaul mayonis. Kemudian tutup lagi dengan kepingan roti yang ketiga.
6. Susun hirisan timun jepun.
7. Letak kepingan lof daging ayam yang kedua di atas hirisan timun.
8. Letak sedikit sos bijan panggang. Kemudian tutup dengan kepingan roti yang ke empat (terakhir).
Siap sandwich 3 tingkat.
Tip potong sandwich nampak cantik
- Potong sandwich menggunakan pisau potong roti. Wajib guna yang ini kalau nak potongan sandwich yang cantik.
- Teknik memotong, pisau mesti senget ke hadapan, InsyaAllah menjadi.
Sumber: Zurina Zulkefli
Baca juga: Sandwich Avocado Cara RINGKAS, Rasa Premium Macam Dekat Kafe