Resipi tradisi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Rendang Ayam Kelapa Dan Nasi Impit

Resipi tradisi.

BAHAN-BAHAN

  • RESIPI NASI IMPIT:
  • 2 cawan beras
  • 6 cawan air (ikut jenis beras) dan sehelai daun pandan
  • BAHAN RENDANG:
  • 1 ekor ayam dipotong 8
  • *20 biji cili kering
  • *1 biji bawang besar
  • *5 ulas bawang kecil
  • *3 ulas bawang putih
  • *1 inci halia
  • *1 inci lengkuas
  • *4 batang serai
  • *1 sudu besar ketumbar
  • *1 sudu besar lada putih bulat
  • *2 senduk nasi kelapa parut (terbaik isi kelapa inti)
  • *1 cawan santan pekat
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 sudu teh garam masala
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air limau nipis
  • Daun limau purut
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • NASI IMPIT:
  • Cuci beras seperti biasa, masak dengan sehelai daun pandan hingga kering. Setelah kering masukkan nasi ke dalam plastik dan tekan hingga padat.
  • RENDANG:
  • Kisar semua bahan yang bertanda *.
  • Cuci ayam dan masukkan ke dalam periuk bersama-sama bahan kisar dan air.
  • Masak di atas api kecil hingga agak berminyak. Tambah air jika perlu.
  • Masukkan garam, air limau nipis, garam masala dan daun limau purut. Kacau lagi, masukkan daun kunyit yang dihiris halus, angkat bila ayam telah betul-betul masak dan rendang agak kering.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN