Masakan Kelantan. Kalau makan dengan nasi putih, orang panggil nasi berlauk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Gulai Kuning

Masakan Kelantan. Kalau makan dengan nasi putih, orang panggil nasi berlauk.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kilo ikan (saya pakai ikan salmon)
  • 4 ulas bawang merah (saya pakai bawang besar 1 biji sebab di sini, bawang besar lagi murah)
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 sudu besar serbuk lada/cili boh
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 3 keping asam gelugor
  • Santan 1/2 peket (santan segera)
  • Tambahan sayuran…boleh letak timun dan lada…tapi hari ini cuma ada kacang buncis di rumah
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan.
  • Kisar bawang putih dan merah bersama lengkuas hingga hancur.
  • Masukkan santan ke dalam periuk, dan masukkan bahan kisar tadi bersama sebuk lada dan serbuk kunyit dan asam gelugor serta ikan.
  • Masak sehingga ikan masak dan masukkan sayur jika ada.
  • Tambah garam dan gula secukup rasa.
  • Makan dengan sambal lada dan nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN