Kombinasi sup dan pasta. Sumber dari buku resipi masakan Itali.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Minestrone Soup

Kombinasi sup dan pasta. Sumber dari buku resipi masakan Itali.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan daging cincang
  • 2 batang saderi
  • 2 biji kentang saiz sederhana
  • 2 batang lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 1 batang kucai/lik
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar puri tomato
  • 2 kiub sayuran
  • 1.2 liter air
  • 1 sudu teh herba campuran
  • 1/4 kubis panjang
  • 50g pasta mini (kalau tiada boleh guna spageti yang dipatahkan 1 inci)
  • 50g kacang pis
  • Garam dan serbuk lada hitam
CARA PENYEDIAAN
  • Kentang dan bawang besar dipotong dadu.
  • Saderi, lobak dan kucai dihiris ikut suka (tapi jangan terlalu nipis).
  • Panaskan minyak, masukkan daging cincang, kacau 5 minit.
  • Masukkan bawang putih dan bawang besar, kacau rata.
  • Masukkan pasta mini, air dan kiub sayur.
  • Bila pasta kembang sikit masukkan sayuran, kecuali kacang pis. Kacau lagi 5 minit.
  • Masukkan garam, serbuk lada hitam, puri tomato, herba campuran dan kacang pis.
  • Hidangkan panas. Boleh tabur keju parmesan kalau suka. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN