Siapa yang gagal setiap kali buat kek batik? Kek batik jadi keras dan sukar untuk digigit. Niatnya nak buat untuk anak, tapi terpaksa dibuang. Ibu-ibu jangan risau, boleh cuba resipi kek batik versi lembut dan kenyal hasil perkongsian oleh Mawar Wilsa ini.
Anak-anak dijamin akak suka sebab lembut bila digigit! Pasti laku keras kalau buat. Bahan-bahan dan cara membuatnya juga tidak susah mana. Kalau dah pandai buat, boleh buat untuk niaga pula.
CARA BUAT KEK BATIK VERSI LEMBUT & CHEWY
Bahan-bahan:
- 700 gm biskut marie
- 250 gm buttercup
- 1 tin susu pekat (500 gm)
- ½ cawan serbuk koko + 1 tin susu air panas untuk melarutkan serbuk koko
- 2 cawan vico @ milo
- 3 biji telur (dipukul sedikit)
- Sedikit esen vanilla
Cara-cara membuatnya:
- Masukkan buter, susu, vico/milo dan serbuk koko yang telah dilarutkan ke dalam kuali. Kacau sehingga semua bahan sebati.
- Kemudian masukkan telur dan kacau laju-laju untuk elakkan adunan berketul.
- Titikkan esen vanilla, kacau sehingga adunan hampir pekat.
- Masukkan biskut marie dan gaulkan adunan dengan api perlahan sehingga semua biskut marie bersalut dengan adunan coklat. Kacau perlahan supaya biskut tak pecah.
- Bila semuanya dah bersalut coklat, masukkan ke dalam loyang yang telah dialas plastik. (guna loyang persegi saiz 9 inci)
- Tekan dan padatkan. Biarkan sejuk dahulu baru letakkan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong menggunakan pisau yang tajam.
Kek batik versi lembut dan chewy ni memang sangat sesuai untuk anak-anak. Ibu-ibu bolehlah cuba buat nanti ya! Selamat mencuba.
Kredit: Mawar Wilsa
Baca juga: Resipi Kek Batik Horlick Cheese, Rasa Memang Sedap & Tak Muak