Resipi emak di kampung, O-kuih = nama di dalam Hokkien. Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal tumis. Kegemaran keluarga, emak selalu buat 3 kali resipi ini baru cukup untuk anak-anak dan cucu dia.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Keladi (O-Kuih)

Resipi emak di kampung, O-kuih = nama di dalam Hokkien. Sedap dimakan bersama sos cili atau sambal tumis. Kegemaran keluarga, emak selalu buat 3 kali resipi ini baru cukup untuk anak-anak dan cucu dia.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan untuk bancuhan:
  • 170g tepung beras
  • 40g tepung ubi
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 1/4 sudu kecil serbuk rempah 5 (boleh lebih sikit jika suka)
  • 1/2 sudu kecil serbuk stok ayam
  • Bahan-bahan lain:
  • 300g keladi, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • 50g udang kering, direndam dalam air dan toskan
  • 5 biji bawang kecil, dimayang
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 biji cili merah (jika suka)
  • Daun sup /ketumbar (jika suka)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan semua bahan-bahan untuk bancuhan ke dalam mangkuk besar. Kacau sehingga rata dan ketepikan.
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng keladi sehingga permukaan menjadi keras. Keluarkan dan diketepikan.
  • Masukkan bawang kecil ke dalam kuali yang sama, jika perlu, tambah sedikit minyak. Goreng bawang kecil sehingga garing.
  • Keluarkan bawang bersama separuh minyak dan tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali. Bawang tadi diletak dalam mangkuk kecil berasingan.
  • Masukkan udang kering ke dalam kuali, goreng sehingga perang. Masukkan bancuhan (1) sambil kacau.
  • Masukkan keladi tadi ke dalam kuali, kacau sehingga rata dan bancuhan tadi menjadi pekat.
  • Keluarkan (6) dari kuali dan masukkan ke dalam acuan dan rata-ratakan permukaan. Stim selama 30-40 minit.
  • Biar sejuk sedikit sebelum dihidangkan dengan cili, bawang dan daun sup.
  • Nota: Boleh dihidangkan pada suhu bilik atau panas-panas. Potong 1 inci tebal, salut degan sedikit tepung gandum dan goreng dengan sedikit minyak sehingga garing…sedap dimakan dengan sambal.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN