nasi lemak wrap

Bila waktu pagi je mesti pening nak pilih sarapan roti canai atau nasi lemak.

Tapi ada jalan penyelesaiannya, kedai makan ni dah gabungkan kedua-dua makanan autentik ini yang pastinya buat korang terliur nak cuba.

Tengah musim cuti sekolah ini, mesti teringin nak merasai ciptaan unik dari ‘Abang Terbang’ yang tengah viral di media sosial.

Menerusi laporan mStar, Abang Terbang atau nama sebenar, Kamarul Rizal Kamarudin, 42, makanan tersebut tercipta disebabkan permintaan kawan di media sosial.


Baca Juga: Cara Buat Nasi Lemak Guna Beras Basmathi, Nasi Cantik Berderai & Tahan Lama


Sejak mencuba sendiri resepi unik itu, dia juga tak sangka akan menjadi sedap.

Paling padu, kalau korang makan dengan kari kambing, katanya sedap macam makan nasi kandar. Fuhh

Korang boleh lihat sendiri cara pembuatan nasi lemak wrap roti canai ini di bawah.

@abangterbang

Reply to @vityatravel bila tekak Kau kompius tak tau nak makan Nasi lemak atau roti canai? ini jawapan untuk anda!..’Bulan depan start diet’#nismilan #kolopilah #makanlokal #myfoodie #ditaja🇲🇾 #xyzbca #roticanai #nasilemak #wraps

♬ bunyi asal – 𝑺𝑨𝑹𝑰𝑭 𝑩𝑰𝑵 𝑫𝑶𝑳 ®︎ – 𝙎𝙖𝙧𝙞𝙥𝘽𝙞𝙣𝘿𝙤𝙡𝙡 ®︎

Abang Terbang juga terkejut apabila video penghasilan hidangan itu boleh tular sehingga ditonton lebih 800,000 pengguna media sosial.

Menurutnya lagi, harga bagi hidangan istimewa itu adalah dalam lingkungan RM5 kerana gabungan roti telur dan nasi lemak.

Bagi korang yang ingin merasai makanan yang unik ini, boleh lah datang singgah ke kedai Abang Terbang yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Alamat: Jalan Muar, Kampung Kuala Dioh, 72000 Kuala Lumpur, Negeri Sembilan


Sumber: mStar 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN