Inilah pertama kali cuba buat botok-botok, selalu beli saja…ingat ye!! “Botok-botok” tahu bukan “Botox-botox”.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Botok-Botok Ikan

Inilah pertama kali cuba buat botok-botok, selalu beli saja…ingat ye!! “Botok-botok” tahu bukan “Botox-botox”.

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan kembung hijau (ikan kembung jenis besar)
  • Bahan Kisar Halus:
  • 4 ulas bawang putih
  • 8 biji bawang merah kecil
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 3 biji buah keras
  • 6 batang serai
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 kiub pati ikan bilis “Maggi” (jika suka)
  • Bahan Lain:
  • 1/2 cawan pati santan
  • 2 camca besar kerisik
  • 2 camca teh jus asam jawa
  • 3 camca besar rempah kari ikan
  • 2 helai daun kunyit*
  • 1 genggam pucuk daun kesum* (*dihiris halus)
  • 2 camca teh gula
  • 1 camca teh garam
  • Bahan Lapis:
  • Daun pisang secukupnya
  • Pucuk ubi
  • Pucuk betik
  • Pucuk mengkudu
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan kisar dengan bahan lain, kecuali bahan dihiris halus. Masak dalam kuali hingga bahan jadi pekat. Kemudian masukkan bahan hiris dan gaul hingga rata. Matikan api, angkat dan ketepikan.
  • Ikan dibersihkan dan potong dua setiap ekor. Lumur dengan sedikit garam dan ketepikan sebentar.
  • Botok-Botok: Siapkan sehelai daun pisang berukuran (10 x 10) inci. Letak sehelai pucuk betik.
  • Kemudian lapis pula dengan pucuk mengkudu.
  • Akhir sekali, dengan pucuk ubi.
  • Ambil sedikit rempah (lebih kurang satu camca besar), bubuh atas pucuk ubi tadi.
  • Bubuh ikan atas rempah tadi (1 ekor ikan yang telah dipotong 2).
  • Kemudian bubuh rempah atas ikan dan ratakan.
  • Kemudian bungkus dan sematkan kiri dan kanan daun pisang dengan lidi sate.
  • Kukus atas air mendidih selama 25 – 30 minit.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN