mee rebus

Siapa yang bakal berkunjung ke negeri Terengganu, wajib cuba mee rebus bila tiba di sana. Kalau nak cuba buat sendiri kat rumah mudah je. Tak perlu susah-susah ke Terengganu kalau tiba-tiba mengidam nak makan.

Tak sampai 10 minit dah siap masak. Kalau tak tahu nak makan malam apa boleh cuba resipi mee rebus Terengganu yang merupakan hasil perkongsian oleh Umi Watie di bawah. Memang confirm sedap!

Baca juga: Buat Sendiri Mee Kuning Guna 4 Bahan Je, Lebih Selamat Tanpa Pengawet!

RESIPI MEE REBUS TERENGGANU STYLE

Bahan-bahan:

  • 3 ulas bawang putih
  • ½ inci halia
  • Isi ayam
  • Isi daging
  • 2 liter air
  • Lobak merah
  • Sawi
  • Fish cake
  • Fish ball
  • Garam
  • Serbuk lada sulah
  • Telur
  • Tomato
  • Chili oil
  • Garlic oil

Cara-cara:

  1. Tumiskan 3 ulas bawang putih Dan ½ inci halia. Kisar halus semua bahan ni.

  2. Bila bahan tumisan dah wangi, masukkan sumber protein kita, isi ayam atau daging.

  3. Masukkan air secukupnya.

  4. Masukkan lobak merah, sawi, fishball dan fish cake.

  5. Bila kuah dah menggelegak, masukkan mee kuning yang sudah dibasuh.

  6. Perasakan dengan garam dan serbuk lada sulah.

  7. Masukkan telur ayam ikut berapa orang nak makan.

    mee rebus

  8. Akhir sekali, masukkan tomato.
  9. Siap untuk dimakan! Hidangkan dengan chili oil dan garlic oil.

    mee rebus

Kredit: Umi Watie

Baca juga: Tips Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Rendam Dengan ‘1 Bahan’ Ini Saja

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN