Nasi goreng evolusi ke gamma :)…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Goreng Gamma

Nasi goreng evolusi ke gamma :)…

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Tumbuk: (mula-mula tumbuk halus cili + belacan, kemudian masukkan selebihnya tumbuk kasar sedikit)
  • 1.5 sm belacan
  • ¼ sudu kecil garam
  • 2 biji cili merah
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Bahan Asas:
  • 2 pinggan nasi
  • Segenggam ikan bilis (cuci bersih & toskan)
  • 3-5 batang sayur kangkung (potong pendek)
  • Garam secukup rasa
  • 2 sudu minyak masak
  • Bahan Sos (kacau bersama):
  • 1 sudu sos tomato
  • 1 sudu kicap
  • 1 sudu kecil sos Wochestershire
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan bilis hingga garing kemudian terus masukkan bahan tumbuk, kacau-kacau hingga naik bau.
  • Selepas itu tambah pula bahan sos dan kacau lagi. Bila menggelegak, masukkan nasi, kemudian kacau rata.
  • Goreng nasi ikut berapa lama yang biasa anda buat (perasakan garam, jangan lupa pula!). Agak-agak seminit sebelum angkat, masukkan sayur kangkung.
  • Dah siap angkatlah dan sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN