Pernah buat tanpa mesin pengadun dulu, menjadi. Bila sudah guna mesin, lagi cepat siap. Biskut ini rangup di tepi-tepi, tengah-tengahnya liat sedikit. Boleh siap dalam masa sejam begitu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chocolate Chips Cookies

Pernah buat tanpa mesin pengadun dulu, menjadi. Bila sudah guna mesin, lagi cepat siap. Biskut ini rangup di tepi-tepi, tengah-tengahnya liat sedikit. Boleh siap dalam masa sejam begitu.

BAHAN-BAHAN

  • 225g mentega, dilembutkan
  • 200g gula
  • 220g gula perang
  • 2 biji telur
  • 2 sudu esen vanila
  • 375g tepung serbaguna
  • 2 sudu teh ‘baking soda’
  • 10ml air panas
  • Garam
  • 335g cip coklat kurang manis
  • 120g walnut atau kacang hazel cincang
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan oven ke 175C.
  • Pukul gula, gula perang dan mentega sehingga lembut.
  • Masukkan telur satu per satu dan kacau bersama esen vanila.
  • Larutkan soda dalam air panas dan masukkan ke dalam adunan tadi bersama sedikit garam.
  • Masukkan pula tepung, coklat dan kekacang.
  • Sudukan adunan ke atas loyang dan bakar biskut lebih kurang 10 minit atau sehingga masak.
  • Bake for about 10 minutes or until edges are nicely browned

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN