Selera kampung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Rendang Asam

Selera kampung.

BAHAN-BAHAN

  • 6-7 ekor ikan (kembung/selar/sardin/ikan merah atau apa-apa ikan boleh)
  • 3-4 ulas bawang merah (cincang)
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 batang serai (potong nipis & kisar)
  • Lengkuas sebesar ibu jari (kisar)
  • 1 inci kunyit hidup (kisar)
  • 5 tangkai cili kering (kisar)
  • Sejemput asam jawa (2 sudu, bancuh dengan sedikit air)
  • 1 1/2 sudu teh jintan manis (basuh dan kisar)
  • 2 biji tomato (dadu kasar) – jika suka
  • 3 sudu minyak – menumis
  • Garam & Ajinomoto (kalau terpedas sangat, boleh letak gula)
  • Untuk yang suka pedas, boleh tambahkan lagi 4-5 batang cili padi yang dipotong nipis (dalam cara no. 4)
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan digaram dan dikunyit macam biasa. Goreng tidak perlu garing sangat dan ketepikan.
  • Panaskan minyak atas api sederhana, masukkan bawang merah & bawang putih cincang sampai naik bau.
  • Masukkan semua bahan kisar & air asam jawa. Api masih sederhana, kacau perlahan sampai naik minyak. Perasakan dengan garam & Ajinomoto & gula (kalau terpedas).
  • Bila kuah agak garing, masukkan tomato dan biarkan seketika. Barulah disusun ikan sudah digoreng tadi, balik-balikkan di dalam kuah.
  • Bila kuah pekat, padam api. Bolehlah dihidangkan bersama nasi putih & apa jua jenis sayur-sayur goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN