Nasi Goreng Selambak, Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni

Zaman-zaman sekarang ni dekat mana lagi kita nak jumpa kedai makan yang menyajikan jumlah makanan yang banyak kan? Haa tapi sebenarnya masih ada tau kedai yang menyajikan pelanggan mereka makanan dalam kuantiti yang banyak! Dan yang paling bestnya, mestilah sedap makanan mereka ni. Nak tahu dekat mana? Jom kita baca lagi artikel ini.

Sebuah akaun di Twitter @AusMeshi ada berkongsi pengalamanya makan di sebuah kedai makan di Ipoh Perak yang bernama Nasi goreng itik salai Lespettua. Apa yang specialnya di kedai makan ini adalah nasi goreng itik salai mereka dan selain itu adalah nasi goreng kerang mereka.

Nasi Goreng Selambak Memang Kenyang Betul Kalau Makan Di Kedai Ni:

Selamber je kedai ini letak nasi selambak macam ni ‘Nasi Goreng Itik & Nasi Goreng Kerang’ ”

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Tidak semua orang sebenarnya dapat memasak itik salai dengan sempurna, tetapi kedai ini mampu menunjukkan kepada pelangganya bahawa mereka sangat mahir dalam memasak itik salai!

Banyak kedai aku makan, itik mesti tak pandai masak (liat). Tapi yang ini lembut je bila gigit

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Selain daripada keistimewaan mereka iaitu itik salai, nasi goreng kerang mereka juga mendapat pujian dari orang ramai kerana rasanya yang sedap dan isi kerang yang sangat padat. Memang tak rugilah kalau anda makan di sini.

Paling aku puji Nasi Goreng Kerang deme. Aku korek je nasi ada kerang. Korek je nasi ada kerang. Berapa banyak dia taruh entah lah

nasi goreng kerang di nasi goreng itik salai royale ipoh

Selain itu, pemilik akaun Twitter ini juga ada berkongsi beberapa tips untuk anda makan di sini.

Sikit tips bila makan sini, minta sambal lebih. Nasi dia kena gaul dengan sambal baru sedap! Tahap pedas sambal? Pedas lah juga tapi masih boleh dinikmati

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

” Kedai ini di Botani, Ipoh. Waze sahaja Lespettua

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Nasi Goreng itik salai royale ipoh

Kepada anda yang memang sukakan itik salai, anda jangan lepaskan peluang ini untuk cuba makan di kedai makan ini tau.

Alamat: 12 A, Lebuh Lapangan Siber 2, Taman Cyber, 31350 Ipoh, Perak
Waktu Beroperasi: Selasa – Ahad ( 4 PM – 10 PM )

Sumber: @AusMeshi 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN