Resipi asal dari mana, tidak tahulah tapi mungkin kalau di tempat lain, mereka panggil nama lain kot.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Sumbat Kelapa

Resipi asal dari mana, tidak tahulah tapi mungkin kalau di tempat lain, mereka panggil nama lain kot.

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan kembung (jenis besar atau kembong hijau)
  • Bahan Kisar Halus:
  • 4 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 2 biji buah keras
  • 1 sm halia
  • 1 sm belacan
  • 1 camca teh ketumbar biji
  • 1.5 sm kunyit hidup
  • Bahan Lain:
  • 1/2 cawan kelapa parut
  • 1/2 camca teh jus asam jawa
  • 1 camca teh gula
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 – 2 camca teh cili kisar
  • 1 helai daun kunyit, dimayang halus
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan, buang sirip dan ekor. Potong muncung ikan dan masukkan penyepit ‘chop stick’ ke dalam perut ikan.
  • Buat 1 atau 2 pusingan dan tarik keluar penyepit perlahan bersama-sama isi perut ikan. Buat hingga habis.
  • Kemudian, gunakan pisau berhujung runcing yang tajam, belah belakang ikan perlahan dari ekor hingga ke bahagian kepala tapi jangan sampai putus. Ia akan menjadi seakan-akan poket. Cuci bersih dan lumur dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.
  • Untuk Kelapa Sumbat:- Satukan semua bahan kisar dan bahan lain dalam satu bekas. Gaul hingga semua bahan mesra.
  • Isikan bancuhan no.4 tadi ke dalam belahan ikan tadi. Buat hingga siap. Kemudian dengan menggunakan tali (jenis benang/kapas dan basahkan dengan air sebelum mengikat), ikat tiga bahagian bagi setiap ekor ikan (seperti dalam gambar).
  • Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 20 minit. Lepas 10 minit terbalikkan ikan dan bakar 10 minit lagi…gunting dan buang tali pengikat sebelum dihidangkan…(kalau bakar atas api arang…lagi terangkat!).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN