Ringkas dan boleh makan sambil borak, gelak-gelak dan kecoh-kecoh.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kerang Dengan Sambal Cuka

Ringkas dan boleh makan sambil borak, gelak-gelak dan kecoh-kecoh.

BAHAN-BAHAN

  • 2 kg kerang, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 sm halia* (*dihiris halus)
  • Bahan Sambal Cuka:
  • 3 – 4 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7- 8 camca besar gula
  • 50 ml cuka makan
  • 1/3 camca teh garam
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan hiris dalam kuali menggunakan 1 camca besar minyak masak hingga wangi. Masukkan kerang dan 1/2 camca teh garam. Gaul hingga rata. Tuang 1/2 cawan air dan tutup permukaan kuali. Masak dengan api sederhana besar kurang lebih 10 – 15 minit atau hingga kerang betul-betul masak. (Bila kopek ia mudah terbuka).
  • Sambal Cuka:- Tumbuk kesemua bahan untuk sambal, kecuali cuka dan gula. Bila lada hampir lumat, masukkan gula dan terus menumbuk hingga lumat. Tuang cuka dan kacau hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin atau manis boleh tambah lagi gula/garam.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN