Tengok rancangan Martha, terus buat. Idea yang didapati pun daripada Mat Gebu dan gabungan keduanya. Memang sedap labu ini.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pumpkin Cake

Tengok rancangan Martha, terus buat. Idea yang didapati pun daripada Mat Gebu dan gabungan keduanya. Memang sedap labu ini.

BAHAN-BAHAN

  • Kek:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur – dipukul terlebih dahulu
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1/2 cawan labu manis – telah direbus dan dilenyekkan
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 2 sudu kecil parutan kulit limau Sunkist
  • 1 sudu besar esen vanila
  • 1/3 cawan + 2 sudu besar susu cair
  • Glis:
  • 1/3 cawan gula kastor
  • 3 sudu besar perahan air limau Sunkist
  • 1 sudu besar parutan kulit limau Sunkist
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung, serbuk kayu manis, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan diayak.
  • Pukul mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan bahan A sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan telur dan susu cair. Masukkan juga garam (jika guna mentega tanpa garam), kulit limau, esen vanila dan akhir sekali labu.
  • Masukkan dalam acuan kek yang dilapik dengan kertas. Bakar suhu 185C sehingga 40-45 minit. Angkat.
  • Akhir sekali sediakan glis; camurkan semua bahan glis, kacau sehingga sebati kemudian tuangkan ke atas kek tadi.
  • Anda juga boleh guna bahan lain untuk glis; contohnya mentega + susu segar – masak sehingga agak pekat, angkat dan masukkan gula kastor + perahan air limau dan parutan kulit limau.
  • Saya pun ada juga buat muffin untuk resipi ini. Sedap!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN