Resipi ini selalu saya buat untuk jamu kawan-kawan @ masa buat barbeku. Versi saya sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Madu BBQ

Resipi ini selalu saya buat untuk jamu kawan-kawan @ masa buat barbeku. Versi saya sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • 12 ketul kepak/peha ayam
  • 4 sudu makan madu
  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 2 inci halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu makan sos cili
  • 3 sudu makan kicap pekat
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan cili boh (kalau mahu pedas boleh tambah)
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar kering ketumbar, jintan manis & putih.
  • Kisar/tumbuk halia, bawang merah & putih.
  • Gaul semua bahan tadi ke dalam ayam. Sesuaikan rasa manis & masinnya.
  • Perap semalaman @ sekurang-kurangnya 2 jam supaya semua bahan-bahan tadi meresap masuk ke dalam isi ayam.
  • Panggang/bakar seperti biasa.
  • Sedap makan begitu saja @ dengan nasi minyak, nasi putih dan sebagainya.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN