Bila sebut ayam goreng, pasti akan terus teringat ayam goreng KFC. Bukan sekadar ayam goreng biasa, KFC sentiasa menjadi pilihan kita semua setiap kali sambutan hari jadi, ulang tahun, perayaan dan juga bila-bila masa sahaja. Tak kira tua atau muda, ayam KFC tiada tandingannya!
Tapi apa yang boleh buat spoil mood adalah apabila beli ayam di KFC, dapat ayam yang bersaiz kecil. Memang tak puas hati kan.
KFC Perkenal Polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”
Untuk memastikan semua pelanggan sentiasa mendapat ayam goreng yang berkualiti tinggi, KFC telah melancarkan polisi “Rasa Berkualiti Terjamin”.
Polisi ini membenarkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti. Pelanggan cuma perlu melakukan langkah-langkah di bawah:
- Imbas kod QR unik yang disediakan di restoran.
- Isi dan ‘submit” borang penukaran.
- Tunjuk halaman ‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.
Mudah saja kan? Next time kalau korang dapat ayam goreng yang bersaiz kecil, ikut je langkah-langkah di atas untuk mendapatkan ayam goreng yang baru secara percuma!