Pencuci mulut untuk berbuka puasa. Resipi dapat dari kawan-kawan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lepat Pisang

Pencuci mulut untuk berbuka puasa. Resipi dapat dari kawan-kawan.

BAHAN-BAHAN

  • 20 keping daun pisang dipotong segiempat sama
  • 4 biji pisang – dilenyek halus
  • 70 gm tepung gandum
  • 30 gm tepung jagung
  • 70 gm gula melaka – dicincang halus
  • 4 sudu besar pati santan
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Layukan daun pisang dalam air panas selama 30 saat. Keringkan.
  • Pisang yang sudah dilenyek, dicampur dengan tepung gandum, tepung jagung, gula, garam dan pati santan.
  • Kalau adunan lembut, tambah tepung gandum sedikit. Sebaliknya, jika keras tambah pati santan lagi.
  • Adunan tadi diambil satu sudu besar dan letak atas daun pisang.
  • Daun dilipat menindih dan lipat kedua-dua hujung untuk membungkus.
  • Air dalam pengukus biar mendidih dahulu sebelum letak lepat. Kukus 20 minit. Kemudian tambah air dalam pengukus dan kukus lepat selama 10 minit lagi.
  • Selamat menjamu selera & selamat menambah amalan di bulan yang mulia ini!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN