laksa express

Mudahnya resipi laksa express ni, senang sangat nak buat. Sesuai dibuat jika ada tetamu yang datang rumah secara ‘mengejut’. Serba salah kalau nak hidangkan air sahaja kan, mesti wajib ada satu makanan berat. Jom save resipi ni siap-siap, mudah bila nak masak nanti. Selamat mencuba!

Baca juga: Beribu Pek Sudah Terjual, Peniaga Ini Kongsi Resipi Laksam Jualannya Yang Laku Keras

CARA BUAT LAKSA EXPRESS GUNA SARDIN TIN

Bahan-bahan:

  • 1 tin besar ikan sardin (saya guna mackerel)
  • Asam keping
  • 3 sudu cili boh (kuantiti mengikut tahap kepedasan yang diingini)
  • Daun kesum
  • Belacan (jika suka)
  • Sedikit sos ikan
  • Garam secukup rasa
  • Laksa basah

Cara-cara:

  1. Lenyekkan ikan sardin bersama sosnya (guna blender pun boleh).

  2. Tumis cili boh dan asam keping.
  3. Masukkan ikan sardin yang sudah dilenyek tadi bersama daun kesum.
  4. Sukat air menggunakan tin sardin, letak dalam 3 atau 4 tin sahaja jika nak kuah pekat.

  5. Masak atas api perlahan selama 20 hingga 25 minit sebab nak bagi rasa asam keping. Kalau guna api sederhana, masak selama 5 minit sahaja.

Sedia untuk dihidangkan bersama telur rebus, potongan cili, bawang, timun dan limau kasturi.

Selamat mencuba!

Kredit: Sha Aishah

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN