Boleh cicah cekodok, jadi kuah nasi ayam dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuah Cucur Udang
Boleh cicah cekodok, jadi kuah nasi ayam dan apa-apa yang sewaktu dengannya.
BAHAN-BAHAN
- 3 sudu cili boh segar (kisar sendiri)
- 4 sudu sos cili
- 1 biji tomato
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Cili merah 1 biji
- Bawang putih 3 ulas
- Bawang besar 1/2 labu
- Air masak secukupnya
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga hancur.
- Masukkan dalam periuk dan masak hingga mendidih.
- Sesuaikan rasa ikut kesukaan anda. Kalau mahu pedas tambah cili boh, mahu pekat tambah sos dan sebagainya.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.