Resipi bila penyakit malas melanda.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Sup Campur Ala Siam

Resipi bila penyakit malas melanda.

BAHAN-BAHAN

  • 1 dada ayam (potong kuib kecil)
  • 1 biji tomato (belah lapan)
  • 5 jantung putik jagung (potong serong)
  • 1 batang lobak merah (potong sederhana nipis)
  • 1 batang lobak putih (potong sederhana nipis)
  • Sedikit brokoli (potong kecil)
  • Sedikit bunga kubis (potong kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong berbaji)
  • 1 biji cili merah (hiris nipis)
  • 5 biji cili padi (belah dua)
  • 2 ulas bawang merah (mayang)
  • 2 ulas bawang putih (mayang)
  • 1 kiub ayam
  • 2 biji limau kasturi
  • Garam , serbuk perasa dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun sup
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
  • Masukkan air, kiub ayam dan ayam. Biarkan mendidih. Masukkan pula lobak merah, lobak putih, putik jagung dan bawang besar. Biarkan mendidih lagi.
  • Masukkan brokoli, bunga kubis, cili merah, tomato, garam, gula dan serbuk perasa. Biarkan masak.
  • Masukkan pula daun sup. Biar layu. Perahkan limau kasturi ke dalamnya. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN