Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Anda mencari tempat best untuk lepak dan makan outdoor di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor? Seperti yang kita tahu KL & Selangor mempunyai banyak tempat makan bertemakan nature yang pasti akan membawakan pengalaman makan yang berbeza dari yang selalu kita makan di restoran.

Ada restoran yang makan di dalam taman dan ada juga makan di sungai. Memang macam-macam tempat makan menarik ada di KL & Selangor ni yang patut anda explore. Jom kita tengok senarai tempat makan outdoor di KL dan Selangor.

1. BBQ Lamb KL Kemensah

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Kemensah dikenali dengan sungai dan air terjun. Haa dekat sini ada juga restoran BBQ Lamb Kemensah yang menjadi kegilaan orang ramai tau. Bagi anda yang tak tahu, tempat ini best sangat sebab anda dapat makan di dalam sungai tau. Sungainya tak dala  pun, sampai paras betis je. Anda dapat merendam kaki sambil menikmati makanan yang enak dikelilingi hutan yang menyegarkan.

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Menu makanan di sini berasaskan makanan western. Menu yang disajikan di sini adalah lamb chop, ikan salmon dan macam-macam lagi. Bagi anda yang sukakan kelainan dan inginkan pengalaman makan di sungai, anda harus cuba makan di sini.

Alamat: Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 10.00am – 7.00pm

2. Pokok KL

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Kalau anda merupakan seorang “cafe hunters”, pasti anda akan tahu dengan restoran ni. Restoran ini berkonsepkan rumah kaca dan dah beroperasi semenjak tahun 2018 lagi. Restoran ini bukan sahaja popular sebab suasananya yang cantik, malah makanan di sini juga sangatlah sedap.

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Menu makanan mereka adalah campuran western dan local. Antara makanan barat yang ada ialah pasta, spageti dan salad ikan salmon. Untuk makanan local pula mereka ada nasi lemak, laska nyonya dan char kuew tiaw.

Alamat: MAHSA Avenue (Jalan Universiti Campus), Block B, Level 1 Jalan Ilmu, off, Jln Profesor Diraja Ungku Aziz, 59100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 8.00pm

3. Jibby by The Park

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Bagi anda yang memang sukakan kawasan taman yang penuh dengan kehijauan, anda wajib datang ke Jibby by The Park. Reka bentuk tempat ini memang cantik dan sesuai jika anda inginkan suasana yang berlainan di KL.

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Menu yang boleh didapatkan di sini adalah seperti pizza, spageti dan fish & chip. Saiz hidangan mereka juga besar dan sangat sesuai dengan harga yang ditawarkan. Anda pasti takkan merasa rugu jika makan di sini.

Alamat: The Waterfront@ParkCity, No 5, Persiaran Residen, Desa Parkcity, 52200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi: Isnin-Khamis: 9.30am – 10.00pm, Jumaat-Ahad: 9.00am – 10.00pm

4. Veg Fish Farm Thai

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Veg Fish Farm Thai  sudah bertapak semenjak 2006 lagi di Selangor. Suasana makan di sini macam makan di restoran atas air tau. Kedai makan ini menyediakan makanan Thai.

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Menu yang ada di sini adalah tomyam, kangkung ikan masin, ketam dan ikan masak limau. Memang sedap tau makanan yang dimasak di sini yang pasti akan membuatkan anda datang lagi. Yang bestnya di sini, makanan anda dihantar menggunakan bot tau. Jadi masak di tempat lain, makan di tempat lain. Menarik kan?

Alamat: KM4, Jalan Hulu Langat, 68000 Ampang, Selangor

Waktu Operasi: 11.00am – 11.30pm

5. Hornbill Restaurant & Cafe

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Nak makan sambil melihat burung di taman burung? Haa anda memang wajiblah pergi ke Hornbill Restaurant & Cafe ni. Tempat makan yang terletak di Taman Burung KL ni merupakan salah satu tempat makan yang “rare” kerana anda boleh makan sambil tengok Burung Enggang. Burung lain pun ada, ada banyak jenis burung di sini. Tapi, pengalaman ini ikut nasib juga, bukan senang nak dapat burung singgah di tempat anda makan. Kalau bernasib baik memang dapat lihat burung-burung ini secara berdepan.

Tempat Makan 'Outdoor' di KL & Selangor

Menu makanan yang mereka sediakan adalah variasi makanan local dan western. Antara yang boleh didapati di sini ialah mee goreng, nasi goreng, satay dan chicken chop. Makanan juga memang sedap.

Alamat: Perdana Botanical Garden, KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur

Waktu Operasi: 10.00am – 6.00pm

Banyakkan tempat menarik untuk makan di KL & Selangor ni. Anda jangan risaulah sebab makanan di semua restoran ni sedap-sedap tau. Jadi, tunggu apa lagi? Pergilah buat tempahan sekarang!

Sumber: CariDestinasi 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN