Masakan Jepun. Rasa masam manis.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Chicken Namban

Masakan Jepun. Rasa masam manis.

BAHAN-BAHAN

  • 3 keping paha ayam (tanpa tulang)
  • Garam dan lada sulah secukup rasa
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • Minyak untuk menggoreng
  • 1 sudu besar tepung ubi/tepung jagung + 1 sudu besar air
  • Sos Cuka:
  • 100ml cuka epal
  • 150ml air
  • 50ml sos soba
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • Bahan Perap:
  • 1/2 batang naga-negi (hiris serong memanjang)
  • 1 biji cili api (potong kecil)
  • 1 sudu kecil halia cincang halus
  • 1 ulas bawang putih (cincang)
  • Hiasan:
  • Daun salad
  • 1/4 batang lobak merah (hiris memanjang)
  • Tomato
CARA PENYEDIAAN
  • Campur bahan sos cuka dalam kuali, panaskan. Bila sudah mula menggelegak, tutup api.
  • Campur bahan perap dalam bekas seperti bekas plastik dan tuang no.1. Ketepikan.
  • Potong ayam macam jejari selebar 2 jari. Cuci bersih dan keringkan air.
  • Perisakan dengan garam dan lada sulah. Salut dengan tepung gandum.
  • Pukul sedikit telur, salut ayam tadi dan goreng hingga kekuningan.
  • Tos minyak, terus masukkan ke dalam no.2. Golek-golekkan supaya sos tadi rata. Biarkan selama 5-10 minit. Letak bahan hias dalam pinggan, letak ayam tadi.
  • Masukkan kembali lebihan sos cuka ke dalam periuk, panaskan. Bila agak panas, kecilkan api, curah masuk bancuhan tepung ubi sedikit demi sedikit, kacau perlahan. Lihat kepekatan. Tuang sos ini di atas ayam tadi. Makan dengan nasi panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN