Ringkas, mudah dan sedap…tidak percaya ke? Cuba buat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kepingan Badam Berkrim
Ringkas, mudah dan sedap…tidak percaya ke? Cuba buat.
BAHAN-BAHAN
- Bahan A:
- 125 g gula kastor/halus
- 2 biji telur gred A
- 1 camca teh esen vanila
- 165 g tepung naik sendiri, diayak
- 125 ml krim
- BAHAN B:
- 90 g mentega
- 80 g gula kastor/halus
- 75 ml krim
- 1 camca besar tepung gandum
- 100 g kepingan badam
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 1) inci dengan mentega dan alas dasar tin dengan kertas minyak.
- Dalam satu bekas, kacau semua bahan A menggunakan pengacau, kecuali tepung penaik. Kacau hingga sebati dan gula larut.
- Masukkan tepung berserbuk penaik sedikit demi sedikit sambil terus mengacau hingga sebati dan tidak berbintil.
- Tuang dalam tin yang telah dilenser tadi dan ratakan adunan. Bakar 15 – 20 minit atau hingga permukaan kek menjadi sedikit keperangan.
- Sementara kek masak, satukan bahan B dalam periuk, kecuali kepingan badam. Kacau tanpa henti di atas api perlahan sehingga mentega cair dan bergaul mesra dengan semua bahan. Biarkan mendidih sehingga menjadi sedikit pekat. Masukkan kepingan badam dan gaul hingga mesra. Matikan api. Ketepikan sebentar.
- Keluarkan kek dari oven (jangan matikan api oven lagi), tuang bancuhan badam tadi atas permukaan kek dan ratakan perlahan-lahan dengan spatula hingga rata. Jangan tuang satu tempat sahaja, tuang di beberapa bahagian supaya mudah untuk meratakannya.
- Masukkan kembali ke dalam oven dan bakar lagi selama 15 minit atau hingga permukaannya menjadi kuning keemasan.
- Bila siap, keluarkan dari oven dan larikan pisau di sekeliling kek (antara kek dan tin). Biarkan kek sejuk, baru dikeluarkan dari tin, potong ikut kreativiti masing-masing.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.