Sejenis sup dari Austria…makan sewaktu musim sejuk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulaschsuppe (Goulash Soup)

Sejenis sup dari Austria…makan sewaktu musim sejuk.

BAHAN-BAHAN

  • 250 gram daging (potong kuib kecil)
  • 1 labu bawang besar (potong kiub)
  • 2 biji kentang (potong kiub)
  • 1/2 batang lobak merah (potong nipis)
  • 2 sudu besar serbuk paprika
  • 6 gelas air ais
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 sudu kecil biji caraway
  • 1 sudu kecil marjoram
  • Garam dan lada sulah secukupnya
  • Rempah-ratus Melayu (kalau suka dan nak sesuaikan dengan lidah nusantara – buah pelaga, bunga lawang)
  • Sedikit daun sup (racik)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan kentang dalam air ais untuk elakkan jadi warna lebam.
  • Sautekan bawang besar dan rempah ratus seperti buah pelaga dan bunga lawang. Masukkan daging dan kacau hingga masak.
  • Angkat dan biarkan sedikit sejuk. Masukkan serbuk paprika. Jangan goreng paprika untuk mengelakkan ianya hangus. Adunkan sampai sebati. Masukkan air secukupnya sehingga tenggelam daging. Jerangkan atas api. Biarkan mendidih. Masukkan garam dan lada sulah juga morjaram.
  • Masukkan kentang dan biarkan hingga empuk. Masukkan daun sup.
  • Sedia untuk hidangan bersama roti bawang putih atau apa-apa jenis roti. Makan dengan nasi pun boleh.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN