Resipi ibu mertuaku.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Begedil Ikan
Resipi ibu mertuaku.
BAHAN-BAHAN
- 3 biji kentang saiz sederhana – rebus dan lenyek
- 5-6 ekor ikan kembung saiz kecil – rebus, ambil isinya dan lenyek
- 3 ulas bawang kecil – dihiris nipis
- 1 tangkai cili merah – cincang
- 2 tangkai daun bawang
- 2 tangkai daun sup
- 1/4 sudu lada hitam
- Garam secukup rasa
- 1/2 sudu serbuk pati ikan bilis (jika suka)
- Sebiji telur
- Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Gaulkan semua bahan di atas kecuali telur.
- Ambil sedikit adunan, kepalkan membentuk bulat kemudian leperkan sedikit, ulang hingga selesai.
- Panaskan minyak, pukul telur hingga sebati.
- Celup begedil ke dalam telur dan goreng hingga kekuningan.
- Sedia untuk dinikmati bersama nasi dan lauk-pauk yang lain.
- Kalau tiada ikan kembung, guna ikan tenggiri pun boleh, bagi perantau-perantau yang susah jumpa ikan kembung guna sahaja ikan sardin dalam tin. Kesedapannya tetap terserlah!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.