Resipi sendiri.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Daging Dan Keledek

Resipi sendiri.

BAHAN-BAHAN

  • Doh:
  • 1 kg tepung gandum
  • 2 biji bawang putih (tumbuk halus)
  • 250 gram marjerin
  • 1 sudu teh garam halus
  • Air secukupnya
  • Inti:
  • 1 kg keledek dipotong dadu
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 kuib ayam (Maggi/Knorr)
  • 2 ulas bawang merah (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 1 labu bawang besar (dadu kecil)
  • Air secukupnya
  • Minyak untuk menumis dan menggoreng
  • Garam dan MSG secukup rasa
  • 500 gram daging cincang
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan tepung, marjerin, bawang putih dan garam halus di dalam mangkuk pengadun. Gaul-gaulkan. Tambahkan air sehingga membentuk doh yang lembut. Uli secukupnya hingga lembut.
  • Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Tumiskan bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan daun kari dan bawang besar. Kacau seketika.
  • Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan bancuhan ini ke dalam bahan yang ditumis. Kacaukan hingga serbuk kari masak dan pecah minyak.
  • Masukkan keledek dan daging cincang dan kacaukan. Tambahkan air sehingga tenggelam keledek dan daging. Tambahkan garam, MSG dan kiub ayam. Masak hingga kering dan ubi empuk. Angkat dan lecekkan sedikit.
  • Canaikan doh dan masukkan inti ke dalam doh. (Pastikan inti benar-benar sejuk). Kelimkan menbentuk karipap.
  • Panaskan minyak yang banyak. Goreng karipap hingga masak. Sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN