Jejari roti yang rangup. Sedap dengan sup. Resipi telah diubahsuai dan digandakan (http://www.rachaelraymag.com).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Crunchy Breadsticks (Roti Rangup)

Jejari roti yang rangup. Sedap dengan sup. Resipi telah diubahsuai dan digandakan (http://www.rachaelraymag.com).

BAHAN-BAHAN

  • 3 sudu (atau 14g) ibu roti
  • 2 sudu teh gula
  • 2 cawan air suam
  • 3 + 2 cawan tepung
  • 8 sudu besar minyak zaitun
  • 2 sudu kecil garam
  • Tambahan (jika suka):
  • (A) 5 sudu besar kismis atau buahan kering campuran + 3 sudu besar gula + satu sudu besar serbuk kayu manis
  • atau (B) 2 sudu besar perisa piza/oregano kering
CARA PENYEDIAAN
  • Dalam mangkuk besar, masukkan ibu roti, gula dan secawan air suam. Biarkan 5-10 minit sampai berbuih.
  • Campurkan 1 1/2 cawan tepung, 2 sudu besar minyak zaitun dan garam dalam campuran ibu roti dengan sudu kayu atau dengan pengadun elektrik sehingga sebati. Kemudian, masukkan tepung selebihnya dan campur. ***Masukkan bahan tambahan kalau suka**.
  • Letak doh yang melekit sikit itu di atas meja yang sudah ditaburkan dengan tepung dan uli sampai tak melekit, dalam 5-10 minit. Letak doh itu ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik dan tunggu 45 minit sampai kembang.
  • Panaskan ketuhar sampai 160 darjah. Letak minyak zaitun atas kertas memasak. Uli doh itu dan bentukkan kepada 20 batang panjang dan letak atas kertas tadi kemudian sapukan minyak atas doh itu.
  • Bakar selama 30-45 minit. Kemudian letak atas redai untuk sejukkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN