Kek lapis Sarawak, masa buat 3 jam. Resipi ini saya ambil daripada kakak ipar Puan Jamilah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Sarawak

Kek lapis Sarawak, masa buat 3 jam. Resipi ini saya ambil daripada kakak ipar Puan Jamilah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A (dalam kek):
  • 5 biji kuning telur
  • 3 biji putih telur
  • 150 gram gula kastor
  • 100 gram tepung Hong Kong
  • 1 sudu makan ovallate
  • Bahan B (dalam kek):
  • 200 gram mentega
  • 3 sudu makan susu pekat
  • Bahan luar kek:
  • 300 gram putih telur (8 biji putih telur)
  • 190 gram tepung Hong Kong
  • 150 gram gula kastor
  • 1 sudu makan ovallate
  • 250 gram mentega (cairkan)
  • 50 ml susu cair
CARA PENYEDIAAN
  • Cara untuk buat lapisan dalam kek:
  • Pukul Bahan B hingga sebati.
  • Pukul Bahan A hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam Bahan B. Gaul sebati.
  • Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Bahagian pertama masukkan pewarna hijau, bahagian ke-2 masukkan pewarna merah & bahagian ke-3 masukkan pewarna kuning.
  • Bakar bahagian pertama dulu, bila hampir masak, lapiskan bahagian ke-2 dan seterusnya bahagian ke-3. Buat 3 lapisan.
  • Bila masak, sejukkan dulu. Apabila sudah betul-betul sejuk potonglah kek tersebut berbentuk memanjang. Kemudian potong segitiga kecil-kecl atau segiempat sama. Biarkan dulu.
  • Cara buat lapisan luar kek:
  • Pukul putih telur hingga kembang. Kemudian pukul semua bahan kecuali mentega cair. Akhir sekali barulah masukkan mentega cair. Gaul rata & sebati.
  • Bakar lapisan pertama sebanyak 5 sudu makan. Bila hampir masak susunkan kek yang telah dipotong tadi di atasnya. Masukkan adunan di atasnya sehingga menutupi semua kek yang telah dipotong. Bakar lagi.
  • Bila hampir masak susun lagi kek yang telah dipotong tadi. Buatlah begitu sehingga semua adunan habis.
  • Guna acuan 8 1/2 x 8 1/2 inci.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN