Masih tercari-cari biskut raya yang mudah untuk dibuat? Haa, apa kata jom cuba buat biskut raya 2 bahan ini. Tak perlu bakar guna oven, hanya perlu sejukkan dalam peti saja.
Bahan-bahan yang digunakan juga sangat mudah untuk didapati. Ada dua bahan ni dah boleh buat biskut raya yang sedap, rasa macam coklat kit kat pula tu! Kalau ada yang nak cuba, boleh ikut resipi perkongsian oleh Naira Azlin di bawah.
Baca juga: Resipi Biskut Choc Chip Ala ‘Famous Amos’, Gaul Guna Senduk, Tak Guna Mixer Pun Jadi!
RESIPI BISKUT RAYA 2 BAHAN
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Coklat dark compound
- Nestum
Cara-cara penyediaannya:
- Cairkan coklat secara teknik double boil.
- Bila coklat dah cair, masukkan nestum. Kemudian gaul sebati kedua-dua bahan ini.
- Masukkan dalam loyang dan ratakan.
- Potong mengikut saiz yang disukai sebelum disejukkan di dalam peti ais.
- Bila dah mengeras, boleh leraikan biskut satu per satu dan simpan dalam bekas kedap udara.
Semoga resipi bermanfaat buat semua. Selamat mencuba!
Kredit: Naira Azlin