Resipi di ambil dari majalah Seventeen dari Wondermilk.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Muffin Vanilla Wondermilk

Resipi di ambil dari majalah Seventeen dari Wondermilk.

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan mentega
  • 2 cawan gula
  • 4 biji telur
  • 4 cawan tepung serbaguna yang halus
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 cawan susu
  • Aising:
  • 1/2 cawan mentega
  • 1 cawan gula aising
  • 1 sudu teh air panas
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh pewarna
CARA PENYEDIAAN
  • Muffin: Pukul mentega dan gula sehingga berkrim. Masukkan telur sebiji-sebiji pada satu masa. Pukul lagi. Kemudian, masukkan pula soda dan tepung diikuti dengan susu. Akhir sekali, masukkan pula esen vanila dan bakar dalam oven dengan suhu 350C untuk 30 minit.
  • Aising: Pukul mentega dan gula aising sehingga jadi berkrim. Tambahkan esen vanila bersama air panas. Pukul lagi dan akhir sekali masukkan pewarna kegemaran anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN