Gabungan antara masakan peranakan dan Melayu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Asam Pedas Ayam

Gabungan antara masakan peranakan dan Melayu.

BAHAN-BAHAN

  • 600 g ayam
  • 5 kelopak sawi jeruk
  • 1 camca besar asam jawa + 1/2 cawan air – ramas dan tapis jusnya
  • 700 ml air (atau lebih mengikut keperluan)
  • 1 cawan cili kisar
  • Bahan Kisar Halus:
  • 7 biji bawang merah kecil
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1/2 camca teh lada hitam biji (kalau tak mahu, tak payah letak)
  • 1/2 inci belacan
  • 3 biji buah keras
  • Bahan Lain:
  • Garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Ayam dikerat mengikut suka, perap dengan asam jawa dan garam 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  • Cuci sawi jeruk di bawah air mengalir. Perah sedikit dan potong sederhana besar. Ketepikan. Rupa sawi jeruk seperti dalam gambar:
  • Panaskan kurang lebih 1/2 cawan minyak masak dalam periuk. Tumis bahan-bahan kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan kacau goreng dan masak hingga terbit minyak. Gunakan api sederhana. Masukkan ayam tadi dan gaul hingga mesra dengan rempah, biar ayam kecut dengan rempah selama 5 minit.
  • Tuang air (700ml) dan masukkan sawi jeruk tadi. Biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa dan perasakan dengan garam dan sedikit gula. (Mengikut citarasa masing-masing, yang penting mesti ada rasa masam, pedas dan sedikit manis). Biar mendidih perlahan hingga ayam masak. Boleh dihidangkan bersama nasi panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN