Resipi dari keluarga emak mertua, selalu masak kalau balik kampung.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ayam Ungkep

Resipi dari keluarga emak mertua, selalu masak kalau balik kampung.

BAHAN-BAHAN

  • Ayam – dipotong kecil, dibasuh dan ditoskan
  • Bahan-bahan
  • Bawang besar – ditumbuk
  • Bawang kecil – ditumbuk
  • Bawang putih – ditumbuk
  • Kunyit hidup – ditumbuk
  • Halia – ditumbuk
  • Ketumbar – ditumbuk
  • Serai – dititik
  • Lada hijau/merah – ikut suka, ditumbuk
  • Sedikit garam dan serbuk perasa
  • Minyak untuk menumis
  • Sedikit air/santan – jika suka
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan-bahan (kecuali ayam) ditumbuk tapi jangan terlalu halus.
  • Panaskan minyak di dalam periuk yang boleh muatkan ayam itu.
  • Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk tadi bersama serai sehingga naik bau atau keluar minyak.
  • Masukkan ayam dan digaul rata.
  • Tutup periuk tunggu sehingga air ayam kering sedikit atau ayam empuk.
  • Kalau suka kuah boleh tambahkan sedikit air dan digaul rata.
  • Tambahkan sedikit garam dan serbuk perasa.
  • Jika dah cukup semua dan ayam pun dah empuk, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih atau pencicah roti.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN