Masak ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Tapi, kalau tiada apa-apa belilah dulu di pasar, ya?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Pasta Goreng

Masak ikut apa yang ada dalam peti sejuk. Tapi, kalau tiada apa-apa belilah dulu di pasar, ya?

BAHAN-BAHAN

  • 250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak
  • 1 cawan isi kupang
  • 1 cawan hirisan cendawan butang
  • 10 – 15 ekor udang besar, dibersihkan
  • 4 batang putik jagung, dihiris menyerong
  • 2 batang sosej, dihiris nipis
  • Bahan Kisar Halus:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • Bahan Sos Untuk Disatukan:
  • 1 camca besar sos cili
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos tiram
  • 1 camca besar kicap cair
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali dengan minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang.
  • Masukkan kesemua bahan di atas kecuali pasta. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yang dikehendaki.
  • Angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dengan cili jeruk jika suka.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN