pati kurma

Jika anda jenis yang suka sahur ringan-ringan saja, boleh cuba buat pati kurma homemade ini. Sangat memudahkan anda untuk bersahur.

Cuma tinggal campur pati kurma dengan susu dan boleh terus minum. Nampak simple kan tapi minuman ini boleh membuatkan perut anda kenyang dan bertahan sampai waktu berbuka.

Nak cuba? Jom buat nanti dengan menggunakan resipi perkongsian oleh Nadia Latfi di bawah.

RESIPI PATI KURMA HOMEMADE

Bahan-bahan:

  • Kurma

Cara-cara:

1. Buang biji dan basuh bersih kurma.

2. Kukus kurma selama 20 minit.

3. Kisar kurma menggunakan pengisar sehingga hancur.

4. Simpan dalam bekas dan letakkan dalam peti sejuk.

5. Bila nak minumm, campurkan 2 sudu pati bersama susu. Sedia untuk diminum! Boleh campur madu, badam, kismis dan apa-apa yang sesuai.

Kredit: Nadiah Latfi

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN