Resipi ini sesuai untuk orang yang balik rumah tengok nasi saja yang tinggal, tapi lauk sudah habis. Jika buat nasi goreng pun tinggal dua senduk saja nasi. Jadi, inilah penyelesaian untuk mengatasi masalah lapar.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Nasi Malas

Resipi ini sesuai untuk orang yang balik rumah tengok nasi saja yang tinggal, tapi lauk sudah habis. Jika buat nasi goreng pun tinggal dua senduk saja nasi. Jadi, inilah penyelesaian untuk mengatasi masalah lapar.

BAHAN-BAHAN

  • Nasi putih yang telah dimasak – 2 senduk
  • 1 biji telur ayam
  • Lada sulah secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Ketuhar gelombang mikro
CARA PENYEDIAAN
  • Pecahkan telur di atas pinggan dan masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro. Pada kadar kepanasan “high”, 2-3 minit sudah cukup.
  • Keluarkan telur yang sudah masak. Kemudian gaulkan dengan nasi.
  • Tambahkan garam dan lada sulah secukup rasa. Gaul hingga rata.
  • Kalau ada serbuk bawang putih boleh juga letak. Kalau ada udang kering lagi sedap.
  • Masukkan sekali lagi ke dalam ketuhar gelombang mikro selama 1-2 minit. Kemudian keluarkan.
  • Lepas tu, bolehlah makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN