Sebenarnya, ini resipi brownies bakar. Tapi, sengaja buat kukus sebab hendak tengok hasilnya bagaimana. Boleh tahan!
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Cakey Brownies
Sebenarnya, ini resipi brownies bakar. Tapi, sengaja buat kukus sebab hendak tengok hasilnya bagaimana. Boleh tahan!
BAHAN-BAHAN
- **Adunan Coklat** – 1/2 cawan tepung
- 3/4 cawan gula
- 1/2 sudu teh serbuk penaik
- 1/2 sudu teh soda bikarbonat
- 4 oz coklat masakan
- 4 sudu/2 oz mentega
- 1 sudu sirap jagung (saya guna ‘golden syrup’. Kalau langsung tak mahu guna pun tak mengapa)
- 2 sudu teh esen vanila
- 1/4 cawan susu segar (panaskan sekejap)
- 2 biji telur gred A
- 250g krim keju
- 60g gula
- 1 biji telur gred A
- 1/4 cawan tepung
- 25ml air
CARA PENYEDIAAN
- Cairkan coklat masakan dan mentega secara ‘double boiler’.
- Pukul gula dan telur sampai agak kembang.
- Masukkan pula esen vanila, sirap, coklat, mentega cair dan susu.
- Akhir sekali masukkan tepung, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Gaul sebati.
- Dalam mangkuk lain, pukul krim keju bersama gula dan air sampai kembang.
- Masukkan telur, pukul sebentar. Kemudian masukkan tepung.
- Alaskan loyang dengan kertas minyak, masukkan semua adunan krim keju.
- Masukkan 1/4 dari adunan coklat ke dalam loyang.
- Dengan menggunakan garpu, tarik-tarik sedikit atas adunan dalam loyang tu supaya membentuk lorekan. Kukus 15 minit.
- Masukkan baki adunan coklat…dan kukus 20 minit. Sewaktu kukus, balut tutup kukus dengan kain/tutup loyang dengan lapisan aluminium. Selepas itu, kukus dengan api besar.
- Bila dah siap, terbalikkan atas redai dan biar yang keju di atas. Adunan coklat itu memang cantik. Langsung tiada ‘bengkak2’ =) **Dalam gambar, saya sengaja letak bawah sebab lorekan tak berapa cantik hehehe**
- Bila sejuk, potong bentuk 4 segi 2 inci. Selepas itu, boleh di makan. Tips: kalau nak kukus, lebih baik gandakan adunan coklat dan lapiskan (contoh: coklat-keju-coklat). Kalau nak bakar, ikut saja resipi ni tetapi coklat di bawah, keju di atas. Bakar dalam 1 masa.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.