Kek sempena Hari Bapa. Resipi kek dengan ihsan Mat Gebu.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Red Dragon Chocolate Cake
Kek sempena Hari Bapa. Resipi kek dengan ihsan Mat Gebu.
BAHAN-BAHAN
- 1 biji kek
- Krim:
- 250 ml krim putar
- 1 sudu besar gelatin
- 2 sudu besar air panas
- Hiasan Atas (Jeli Buah Naga):
- 1 biji buah naga (pitaya) warna merah
- 1/2 cawan air
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar madu
- 1 sudu besar gelatin + 2 sudu besar air panas
CARA PENYEDIAAN
- Kek: Saya menggunakan resipi Moist Chocolate Chiffon oleh Mat Gebu. Terima kasih kerana sudi bagi pinjam resipi ini.
- Jeli Buah Naga: Kupas buah naga. Potong kecil. Masukkan buah naga, air, tepung jagung dan madu ke dalam pengisar dan kisar hingga hancur. Pindahkan ke dalam periuk. Masukkan larutan gelatin dan masak hingga mendidih. Inilah jeli buah naga.
- UNTUk KRIM:
- Krim: Pukul krim putar pada kelajuan perlahan selama 10 minit. Larutkan gelatin ke dalam air panas. Masukkan gelatin dalam krim. Tambahkan kelajuan mesin, putar 5-10 minit hingga kental.
- Sapu krim pada seluruh permukaan kek. Kemudian ratakan. Mulakan merata pada bahagian atas kek. Serongkan sedikit ‘scrapper’. Jika menggunakan meja pusing, pegang ‘scrapper’ sambil memusingkan meja. Jika tiada meja pusing, tinggikan sedikit kek dari permukaan meja dan alihkan sedikit demi sedikit. Bawa lebihan krim ke bahagian tepi kek. Kemudian tegakkan ‘scrapper’ dan ratakan pula bahagian tepinya.
- Dinginkan kek dalam peti ais sebentar. Kemudian keluarkan dan letakkan jeli naga ke atanya. Hias ikut kreativiti.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.