Biasanya lepas cuci ayam yang dibeli, kita akan simpan ayam semua sekaligus dalam bekas atau plastik kan? Bila nak masak, kena rendam dalam air terlebih dahulu untuk leraikan ayam.
Bukan saja membazir masa, ayam bila dah direndam macam tu rasa tidak akan rasa fresh lagi. Nak tak nak, memang kena masak semua ayam tersebut.
Kalau nak cepat dan jimat masa, ikut saja cara simpan ayam yang jarang dibuat orang ini. Cara tersebut telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, Rose Afifi.
Cara Simpan Ayam Yang Mudah, Tak Perlu Rendam Bila Nak Masak
Menerusi video yang dikongsikan di laman sosial TikTok, Rose Afifi berkongsikan cara simpan ayam yang mudah bagi mereka yang bekerja.
Cara-caranya:
1. Cuci ayam dengan bersih dan toskan.
2. Ambil kertas pembalut makanan, lipat dua. Pastikan bahagian luar yang ada lapisan plastik.
3. Letakkan pembalut ketas dalam bekas. Susun atas di atas kertas pembalut tersebut.
4. Lapikkan lagi kertas pembalut makanan jika masih ada ruang untuk letak ayam.
5. Tutup bekas yang berisi ayam dan sedia untuk disimpan di dalam peti ais.
6. Hasilnya, ayam mudah untuk dikeluarkan. Tak perlu rendam air. Selamat mencuba!
Video penuh 1
Video penuh 2
Sumber: Rose Affi