Cuma kek biasa-biasa saja, tapi menarik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jelly Fruit Cake

Cuma kek biasa-biasa saja, tapi menarik.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kek span, berperisa vanila berukuran 9 inci (boleh rujuk resipi, Pandan Layerd Cake, untuk resipi kek, ganti pes pandan dengan esen vanila, bakar dalam loyang bulat 9 inci)
  • Bahan Kastad:
  • 400 ml susu segar
  • 2 biji kuning telur
  • 50 g gula halus
  • 20 g tepung jagung
  • 20 g tepung gandum
  • 4 g serbuk jeli
  • 1 camca teh esen vanila
  • 1 camca besar mentega dan secubit garam
  • Bahan Lain:
  • Buah-buahan pilihan masing seperti pic, strawberi, laici, kiwi dan sebagainya.
  • Sedikit jem aprikot
  • 1 cawan kepingan badam, dipanggang sebentar
  • Bahan Jeli:
  • 700ml air
  • 6 g serbuk jeli
  • 100 g gula
CARA PENYEDIAAN
  • Biarkan kek berukuran 9 inci hingga betul-betul sejuk dan potong kepada 2 bahagian. Gunakan satu bahagian saja.
  • Masukkan kek tadi kembali ke dalam loyang berukuran 9 inci, yang telah dilenser sedikit bahagian tepi tin dengan mentega.
  • Kastad: Satukan semua bahan kecuali mentega, dalam satu bekas tahan panas. Masak atas air mendidih secara ‘double boiler’. Masak hingga pekat, tapi jangan terlalu pekat. Angkat dan masukkan mentega, gaul hingga sebati.
  • Tuang kastard tadi ke dalam loyang berisi kek, ratakan sehingga memenuhi permukaan kek dan bahagian kosong. Susun buah-buahan mengikut kreativiti masing-masing.
  • Jeli: Larutkan serbuk jeli, gula dan air. Masak di atas api perlahan sehingga mendidih. Angkat dan tuang perlahan atas buah-buahan tadi. Biarkan sejuk dan simpan dalam peti sejuk 1 jam.
  • Bila sejuk dan jeli beku. Keluarkan dari acuan, sapu tepi kek dengan jem aprikot dan tepekkan dengan kepingan badam tadi. (Maaf saya kehabisan stok badam jadi tak letak..hehehe).
  • Untuk resipi ni, saya guna buah pic, limau, laici dan ceri.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN