Resipi daripada kakak ipar…semua ahli keluarga saya suka.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuetiau Vietnam

Resipi daripada kakak ipar…semua ahli keluarga saya suka.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 ekor ayam dipotong kecil-kecil
  • 1 biji lobak merah dipotong serong @ mengikut citarasa masing-masing
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 biji kelapa (diambil santan)
  • 6 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimesin @ ditumbuk
  • 1/2 cekak daun kesum (dileraikan dari batang)
  • 1/2 botol sos tomato
  • Kuetiau dicelur @ direndam sekejap dengan air panas dan toskan
  • Bahan tambahan: sawi dan tauge dicelur, limau dibelah dua, cili merah dihiris halus, bawang goreng. Bahan-bahan ini boleh diletakkan dalam bekas yang berasingan
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang dan cili hingga garing.
  • Masukkan ayam yang dipotong kecil, kacau…biarkan ayam masak.
  • Masukkan lobak, daun kesum, sos tomato dan kacau rata.
  • Masukkan santan, garam secukup rasa dan masak hingga ayam masak dan lobak empuk…tunggu hingga mendidih.
  • Siap untuk dihidang, makan bersama bahan tambahan tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN