Resipi sendiri… Olahan dari resipi Partita (sejenis kuih tradisi Inggeris).

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Buah Melaka English Style

Resipi sendiri… Olahan dari resipi Partita (sejenis kuih tradisi Inggeris).

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram tepung pulut
  • 1 biji kelapa (parut ambil putih sahaja)
  • 1 sudu kecil pewarna hijau epal
  • 1 ketul gula melaka (potong dadu kecil)
  • 200 gram cip coklat
  • 200 gram buah kranberi kering (potong kecil)
  • Garam secukupnya
  • Air untuk merebus
CARA PENYEDIAAN
  • Adun tepung pulut, garam, pewarna dan air menjadi doh lembut.
  • Gaul kelapa dengan sedikit garam.
  • Ambil secubit adunan tepung. Leperkan atas tapak tangan. Masukkan seketul kecil gula melaka, satu cip coklat dan satu potongan buah kranberi ke dalam tepung dan bulatkan.
  • Didihkan air dalam periuk. Masukkan adunan yang telah berinti dan telah dibulatkan ke dalam air mendidih. Tunggu hingga adunan timbul. Angkat dan golekkan dalam kelapa.
  • Siap untuk hidangan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN