tomyam yang pekat

Setiap kali pergi kedai masakan Thai, memang wajib order tomyam mereka yang pekat tu. Rupanya mudah saja kalau ada yang nak cuba buat sendiri tomyam yang pekat kaw kaw.

Ikut saja resipi hasil perkongsian oleh Adilin Qistina di bawah. Kalau ada telur dadar sekali lagi perfect!

Cara Buat Tomyam Yang Pekat Kaw Kaw & Padu!

Bahan-bahan:

  • 3/4 ulas bawang putih ketuk*
  • Cili padi 2 biji*
  • Serai 2 batang ketuk*
  • Bawang holland sebiji potong 4*
  • Tomato 2 biji belah 2*
  • Rempah tomyam mea pranom 2 sudu besar*
  • Air 2 cawan*
  • Ayam*
  • Sotong /udang
  • Sayur karot/bunga kobis
  • Daun limau purut 2/3 helai
  • Jus limau
  • Garam
  • Gula
  • Susu segar satu senduk

Cara masak:

  1. Masukkan semua bahan bertanda (*) dalam periuk. Renehkan dalam 10 minit.
  2. Kemudian masukkan jus limau, garam, gula, serbuk perasa dan sayur-sayuran. Biarkan selama 5 hingga 6 minit.
  3. Kemudian masukkan sotong atau udang. Biarkan seketika sehingga masak.
  4. Akhir sekali masukkan susu cair. Kacau rata dan siap!

Selamat mencuba!

Kredit: Adilin Qistina

Baca juga: Tukang Masak Thai Dedah Rahsia Telur Dadar Yang Rangup & Gebu

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN