resipi bingka susu

Teringin nak makan bingka tapi tiada stok ubi? Jangan risau, anda boleh cuba resipi bingka susu ini tanpa menggunakan ubi.

Resipi yang dikongsikan oleh Norhayati Basri ini sangat mudah dan senang untuk dicuba. Sesuai untuk sarapan atau minum petang. Jom cuba!

Resipi Bingka Susu Mudah & Sedap

Bahan A:

  • 500ml fresh milk
  • 300gm susu pekat manis
  • 4 biji telur
  • 250gm tepung gandum
  • 30gm gula pasir
  • Secubit garam

Bahan B:

  • 900ml air
  • 100gm tepung kastad
  • 200gm margerine atau pure butter kalau nak lagi lemak

Cara-cara:

  1. Semua bahan A sebatikan. Nak senang kisar guna blender. Siap dan ketepikan.
  2. Satukan air dan tepung kastad, kacau sebati dan dimasak atas dapur. Masukkan butter dan kacau sehingga butter cair.
  3. Kacau sampai meletup-letup. Baru masukkan adunan bahan A tadi. Kacau sehingga adunan tak bergentel. Masak sehingga adunan sedikit pekat.
  4. Bila dah siap, tuangkan ke dalam loyang 10 inci segi empat. Bakar selama 50 minit sehingga satu jam mengikut kesesuaian oven masing-masing. Taburkan bijan putih/hitam sebagai hiasan.
  5. Bila kuih dah sejuk, baru boleh dipotong.

Selamat mencuba!

Kredit: Norhayati Basri

Baca juga: Roti Hampir Expired? Buat Bingka Roti Macam Ni Sedap Juga, Baru Tak Membazir

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN